HAMBURG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Nour di sini.
Sebaik tiba, Anwar dan delegasi disambut Pengerusi Masjid yang juga Naib Pengerusi Majlis Muslim Jerman Daniel Abidin dan juga Imam Samir Al Rajab.
Masjid itu sebelum ini merupakan sebuah Gereja Capernaum sebelum ditukar pada tahun 2018.
Dalam ucapan ringkasnya, Anwar berkata beliau gembira melihat umat Islam di Jerman hidup aman dengan penduduk yang lain.
Pada masa yang sama beliau berkata penduduk Islam di seluruh dunia tidak boleh berdiam diri dengan penderitaan rakyat Palestin di Gaza yang kini terkepung.
"Saya berada di Jerman sebagai tetamu Canselor. Kami mengadakan pertemuan dua hala yang baik dengan pemimpin Jerman, serta perbincangan dengan komuniti perniagaan kerana kami ingin menjemput lebih ramai pelabur ke Malaysia," katanya.
Anwar berkata beliau mengambil kesempatan untuk menyampaikan sentimen dan kebimbangan masyarakat Islam dunia kepada pemimpin Jerman, yang menurutnya turut menghargai beberapa kebimbangan itu.
"Apa yang kita mahu ialah gencatan senjata segera, bantuan segera kepada rakyat Palestin dan penyelesaian jangka panjang dalam usaha mencari keadilan, maruah semua rakyat tanpa mengira agama," katanya.
Daniel berkata adalah satu penghormatan besar bagi masjid itu untuk menerima kehadiran Perdana Menteri Malaysia hari ini, terutamanya lawatan Anwar jatuh pada Jumaat pertama bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Beliau memberitahu Perdana Menteri dan jemaah bahawa masjid itu dahulunya terletak di tempat letak kereta bawah tanah, sebelum berpindah ke lokasi sekarang.
Menurut Samir kira-kira 2,500 jemaah dari 30 negara akan berkumpul untuk solat Jumaat dan mereka sedang mencari ruang yang lebih besar bagi memuatkan lebih ramai orang.
Anwar turut menyampaikan beberapa sumbangan kepada masjid itu, serta 11 naskhah Al-Quran - satu edisi khas dan 10 terjemahan bahasa Inggeris.
Terdapat kira-kira 5.5 juta umat Islam di Jerman, termasuk 140,000 yang tinggal di Hamburg.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Nour hari ini. - Foto BERNAMA
Guru didakwa denda pelajar berdiri tengah panas disiasat
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan dibuat oleh ibu kepada salah seorang pelajar terbabit.
14 lelaki ditahan dalam operasi khas banteras penyeludupan, rampasan bernilai lebih RM35 juta
Tiga daripada serbuan itu dijalankan serentak pada Isnin lepas (20 Mei) manakala satu lagi serbuan pada Khamis (23 Mei).
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Lawatan kedua Anwar ke Jepun simbolik hubungan mapan dua hala 68 tahun
Lawatan kedua Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun dalam tempoh enam bulan jelas mencerminkan hubungan rapat selama 68 tahun antara Malaysia dan Jepun.
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
Boleh kritik kerajaan tetapi ada had dalam isu 3R - PM Anwar
Anwar berkata dalam melaksanakan kebebasan media, beliau tidak akan membenarkan tindakan yang boleh mencetuskan rusuhan atau membahayakan keselamatan awam.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
Malaysia, Uzbekistan boleh bekerjasama teroka bidang baharu pendigitalan, peralihan tenaga
Perdana Menteri berkata kedua-dua negara juga boleh menjalin kerjasama yang baik dalam sektor halal, perbankan dan teknologi makanan.
PM diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
Komuniti perniagaan perlu teroka pelaburan baharu di Kazakhstan - PM Anwar
Komuniti perniagaan perlu terus meneroka peluang perniagaan dan pelaburan baharu di Kazakhstan, negara terbesar di Asia Tengah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM akui pertemuan dengan pemimpin Hamas timbulkan keresahan rakan khususnya di Barat
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata Malaysia hanyalah sebuah negara bebas yang menyokong usaha-usaha perdamaian di Semenanjung Gaza.
Malaysia mahu rebut insentif transformasi digital Qatar, bekerjasama dalam sektor AI - PM
Malaysia mahu meneroka potensi kerjasama bersama Qatar dalam sektor kecerdasan buatan (AI).
PM Anwar lawat Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan dari 15 hingga 19 Mei
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan dari 15 hingga 19 Mei ini.